Perkasa kelompongan keselamatan pelajar agar tiada lagi kes buli di sekolah – Maszlee

PUTRAJAYA – Keperluan untuk bilangan kaunselor dan warden asrama sepenuh masa bagi memastikan kes kematian seperti kes pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir tidak berulang atau menimpa pada pelajar lain.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, penambahan bilangan kaunselor dan warden asrama sepenuh masa bagi memantau dan menerima aduan mengenai pelajar terbabit.

Menurutnya, kerajaan juga boleh menyediakan platform aduan digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang mana pelajar boleh melaporkan secara selamat melalui ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ (DELIMa) atau aplikasi khusus untuk dipantau guru kelas dan guru kaunseling.

“AI boleh memberi amaran awal mengenai kebarangkalian berlaku insiden buli dan cara mengelakkannya. Langkah lain adalah dengan memberikan latihan wajib untuk guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Latihan itu membolehkan guru dan kakitangan sekolah mengenal pasti tanda awal buli, penderaan dan tekanan emosi. Konsep ‘jika nampak atau dengar buli, laporkan segera’ mesti menjadi budaya,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Maszlee berpendapat, Menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) Sifar Buli di mana Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan semua institusi berasrama mesti jadikan penghapusan budaya buli sebagai penilaian prestasi tertinggi pentadbir.

“Selain itu perlu ada tindakan pantas dan telus terhadap aduan kerana tiada aduan yang terlalu kecil. Buli adalah jenayah, di mana ia berlaku dan siapa pun pelakunya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes yang menimpa pelajar berkenaan, Maszlee berkata, kejadian itu bukan sekadar berita tetapi tamparan kepada masyarakat bahawa seorang pelajar boleh hilang nyawa di tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat untuknya iaitu sekolah.

“Sebagai bapa, pendidik dan mantan Menteri Pendidikan, saya tidak boleh diam. Kes Zara mesti menjadi titik perubahan. Kita tidak boleh biarkan nyawa anak-anak kita menjadi angka di dalam laporan polis atau statistik kementerian.

“Ini bukan soal politik. Ini soal nyawa anak-anak kita. Saya menyeru Kementerian Pendidikan, pendidik, ibu bapa, NGO, media dan seluruh masyarakat untuk bersatu memastikan tragedi ini tidak berulang.

“Kita sudah terlalu lama menormalisasikan penderitaan murid di asrama. Budaya diam demi nama baik sekolah mesti dihentikan sekarang. Zara tidak akan kembali tetapi kita boleh pastikan tiada anak lain yang menjadi Zara berikutnya,” katanya.

  • Related Posts

    ‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

    PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

    Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

    JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

    JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

    Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

    Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

    Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

    Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

    RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

    RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

    MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

    MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung