Tidak benar motosikal dikenakan bayaran tol

PUTRAJAYA – Dakwaan bahawa penunggang motosikal akan dikenakan tol dengan pelaksanaan Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) adalah tidak benar.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan menegaskan, tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini, termasuk penunggang motosikal.

Katanya, hantaran tersebut mengandungi maktumat tidak tepat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna lebuh raya, khususnya penunggang motosikal.

“Tindakan terbabit dilihat boleh menjejaskan reputasi kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM di samping syarikat konsesi lebuh raya.

“Oleh itu, posting yang dimuat naik oleh ebidmotor adalah tidak benar, mengelirukan dan boleh mencetuskan kebimbangan yang tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal” katanya, pada Ahad.

Agensi itu berkata demikian bagi mengulas hantaran bertajuk “Penunggang motosikal boleh merasai pengalaman membayar tol mulai Oktober 2025 ini’ di laman media sosial yang didapti mengelirukan.

Dalam pada itu, LLM berkata, syarikat konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

Menurutnya, sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad.

“Objektif utama pelaksanaa sistem ini adalah untuk melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

“Berikutan tu, LLM meminta orang ramai, khusus pengguna lebuh raya bertol, agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan atau bersifat hasutan,” katanya.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman