Bedah siasat jenazah Zara Qairina pada 9 pagi Ahad

KOTA KINABALU – Bedah siasat ke atas jenazah pelajar, Zara Qairina Mahathir, yang mayatnya digali semula pada Sabtu, dijadual dijalankan pada Ahad 9 pagi di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

Memetik laporan Daily Express, jenazah tiba di Jabatan Radiologi QEH pada kira-kira pukul 10.30 malam sebelum dipindahkan ke Jabatan Forensik untuk proses imbasan CT dan persediaan bedah siasat.

Peguam keluarga, Hamid Ismail, dipetik sebagai berkata, bedah siasat akan dilakukan oleh pakar forensik, Dr Jessie Hiu, bermula pukul 9 pagi dan dijangka selesai pada hari sama bagi membolehkan pengebumian semula dilakukan segera.

Menurut laporan itu, kira-kira 100 individu turut berkumpul di luar hospital sambil melaungkan takbir dan slogan “Justice for Zara” ketika jenazah dibawa masuk.

Terdahulu proses penggalian semula jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, selesai sekitar pukul 7.30 malam sebelum dibawa ke Kota Kinabalu untuk pemeriksaan forensik.

Pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini mengarahkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk proses penggalian semula, bagi memastikan semua aspek kes dapat disiasat secara menyeluruh.

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

TEMBURONG – Sebanyak 200,000 benih udang galah dilepaskan ke perairan Sungai Temburong menerusi Program Pelepasan Benih Udang Galah dalam usaha memulihara spesies berkenaan. Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, penguduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, penguduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN