Program celik AI perkasa belia zon utara Sarawak

MIRI – Seramai 60 belia daripada 18 cawangan Saberkas Zon Utara, merangkumi Bintulu, Miri dan Limbang, menghadiri Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) yang berlangsung di Kompleks Islam Sarawak, Miri pada Sabtu.

Program sehari ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Sains, Teknologi dan Inovasi Saberkas Sarawak dengan kerjasama Saberkas Cawangan Pujut.

Tujuannya adalah memperkenalkan konsep asas AI, cara penggunaannya dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kesedaran belia agar menggunakan teknologi secara bijak dan selamat.

Peserta turut mengikuti sesi perkongsian pengalaman daripada pengguna AI, selain berpeluang berinteraksi dengan wakil industri dan institusi pendidikan.

Antara agensi yang terlibat ialah i-CATS Sarawak, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Maxis Business dan Zeitgeist Inspira Technologies Sdn. Bhd. 

Di samping itu, beberapa pameran turut diadakan seperti kempen kesedaran bahana dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri serta pameran pendidikan daripada Interface Education Group dan A.K. Resources Management.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang, yang mewakili Presiden Saberkas Sarawak, Datuk Karim Rahman Hamzah.

Dalam ucapannya, Adam menegaskan bahawa AI kini menjadi ‘enjin utama’ transformasi digital.

“AI memerlukan ekosistem data yang kukuh untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, kerajaan Sarawak melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital 2018 membangunkan infrastruktur digital yang selamat, tahan lasak dan berskala besar,” katanya.

Beliau turut berkongsi mengenai penubuhan Pusat AI sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan teknologi, di samping pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Bakat AI untuk memperkukuh kemampuan tenaga kerja tempatan.

Adam juga menyentuh pencapaian membanggakan Sarawak melalui pengenalan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan AI pertama di dunia yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan.

“Dengan slogan Inovasi Sekelip Mata, KETEQ AI membuktikan Sarawak mampu melahirkan teknologi bertaraf dunia dan kini kita berada di peta global,” ujarnya.

Beliau menasihatkan para peserta agar memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang program ini.

“Gunakan AI untuk tujuan yang baik, dan kongsikan ilmu ini dengan masyarakat. Teruskan belajar supaya kita tidak terjebak dengan penyalahgunaan teknologi,” pesannya.

Related Posts

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

MIRI – Program bantuan baik pulih rumah memberi peluang kepada penduduk yang memerlukan untuk menikmati kediaman yang lebih selamat dan selesa. Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing