5,000 banjiri Tawau, Lahad Datu solidariti #JusticeForZara

LAHAD DATU – Kira-kira lebih 5,000 orang hadir solidariti #JusticeForZara yang dianjurkan di dua lokasi berasingan iaitu di Bulatan Jalan ‘Chester Night Market’ Tawau dan menara jam di Jalan Teratai Lahad Datu, pada Jumaat.

Himpunan bermula pukul 8 malam itu mengumpulkan masyarakat Tawau dan Lahad Datu yang berbilang kaum dan agama serta pelbagai peringkat umur.

Peserta yang hadir berpakaian hitam sebagai tanda solidariti itu membawa plakad dan sepanduk bertulis mesej tuntutan keadilan selain melaung ‘Keadilan untuk Zara’ dan ‘hentikan buli’ secara berulang.

Seorang peserta himpunan di Lahad Datu, Ijumari Kadir berkata, kehadirannya seawal 7 malam itu adalah bagi menyatakan sokongan agar kes Zara Qairina Mahathir mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya hadir malam ini untuk menuntut keadilan untuk adik Zara kerana saya rasa terkesan sebab saya pun ada anak perempuan.

“Jadi apa yang saya harapkan agar buli ini dapat dihentikan dalam kalangan pelajar dan anak muda hari ini yang semakin membimbangkan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press.

Difahamkan, selain Tawau dan Lahad Datu, Semporna serta Sandakan mengadakan himpunan serentak demi menegakkan keadilan untuk Zara.

Dalam perkembangan terbaharu kes ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan pada Jumaat mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula untuk proses bedah siasat dijalankan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Related Posts

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan audit forensik terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam mesyuarat Kabinet, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan susulan saranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?