Siasatan kes Zara Qairina perlu dijalankan tanpa gangguan – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memastikan tiada sebarang gangguan terhadap siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut beliau, permintaan itu dibuat susulan penularan pelbagai kandungan tidak sahih berkaitan kes berkenaan di media sosial, yang dibimbangi boleh menjejaskan proses siasatan oleh pihak berkuasa.

“Ini satu peringatan, jangan sebar kandungan yang tidak disahkan. Kita perlu berwaspada. Banyak maklumat yang diterima melalui media sosial kadangkala tidak dapat dipastikan ketulenannya, sama ada benar ataupun dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, masyarakat perlu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menjalankan tanggungjawab mereka secara adil dan saksama tanpa sebarang campur tangan.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara (AGC). Kita perlu menaruh kepercayaan kepada mereka untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, tanpa melindungi sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program PENTARAMA Homecoming dan PENTARAMA X Kelab Malaysiaku sempena Hari Kebangsaan dan Malaysia (HKHM) 2025 di Sekolah Kebangsaan Bangsar di Bangsar, hari ini.

Fahmi turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa tidak akan ada pihak yang dilindungi dan mana-mana individu yang terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam kejadian sebelum ini, Zara Qairina, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu.

Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan ditemukan dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar kira-kira pukul 4 pagi, 16 Julai.

Siasatan kes tersebut kini sedang dilengkapkan oleh pihak PDRM selepas ia dipulangkan semula oleh AGC pada Selasa lalu.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat