Malaysia setuju negara Palestin ditubuhkan namun prasyarat The Haque Group ada kelompongan

KUALA LUMPUR – Biarpun secara prinsip Malaysia setuju dan menyokong penuh hasrat mewujudkan perdamaian kekal dengan cara menubuhkan negara merdeka Palestin menerusi Deklarasi New York, namun kerajaan mengakui kurang selesa dengan prasyarat yang ditetapkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana terdapat prasyarat yang gariskan dalam pelan itu bercanggah serta tidak selaras dengan dasar luar Malaysia, walaupun bersetuju Palestin berhak menjadi sebuah negara merdeka tanpa perlu ditindas oleh rejim zionis.

“Sekarang sedang dibahaskan juga bahawa ada usaha dibuat untuk diadakan suatu pendamaian yang kekal dengan cara untuk negara Palestin yang merdeka ditubuhkan

“Malaysia berhati-hati dalam usaha ini kerana ada prasyarat-prasyarat yang kita sendiri kurang selesa untuk kita sama-sama memperakukan dokumen hasil yang dikeluarkan oleh negara-negara yang telah bersetuju.

“Kita bersetuju dengan negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan segera tetapi kita kurang selesa dengan prasyarat-prasyarat yang diadakan kerana ada banyak perkara yang tidak selaras dengan dasar luar negara Malaysia,”katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (PN) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaimanyang meminta Kementerian Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mendesak komuniti antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menghentikan serangan berterusan rejim Zionis ke atas Gaza.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan, Malaysia dalam The Hague Group menegaskan, pendirian supaya gencatan senjata kekal dilaksanakan terhadap Palestin dalam masa yang sama tindakan mengusir rakyat Gaza dihentikan sekaligus mencapai keamanan.

Katanya, Malaysia juga mendesak supaya diadakan atau dibuka laluan kemanusiaan yang berada di Gaza, empat bulan setengah bantuan ditutup. Kedua-dua pintu dari Jordan dan Mesir juga ditutup.

“Bayangkan betapa rakyat Gaza menderita, kebuluran dan dibuka pusat-pusat bekalan kepada rakyat Gaza di situ dipangil supaya datang ambil bekalan makanan.

“Bila datang ramai-ramai (ambil bekalan makanan), mereka ditembak. Begitu ramai mati. Ini yang sedang berlaku di Gaza dan kita amat kesal perkara ini berlaku. Itu sebabnya baru-baru ini, kita sokong The Hague supaya ini dihentikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia berpendirian reformasi perlu dilakukan dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan Mangsa-Bangsa Bersatu untuk mengurangkan had kuasa veto dalam kalangan rakan sekutu Israel.

Katanya, perkara berkenan sedang dibincangkan antara Malaysia dengan negara-negara yang menyokong perjuangan dan penderitaan Palestin yang sekian lama dikejami oleh rejim zionis.

“Asakan kepada PBB ini memang kita lakukan kita merasakan bahawa adalah sesuatu yang perlu dilakukan terhadap struktur dan organisasi Majlis Keselamatan PBB kerana lima negara wakil tetap mempunyai kuasa veto dan apabila isu berkenaan negara Palestin yang (berhak dapat) merdeka, isu mengutuk rejim zionis yang kejam membunuh orang Palestin dan di Tebing Barat, semuanya diveto oleh sekutu mereka.

“Bahawa kuasa veto Majlis Anggota tetap ini, perlu dihadkan tidak boleh digunakan untuk apa juga sebarang bentuk yang berbentuk jenayah kemanusiaan, kekejaman dan pemusnahan struktur awam.

“Memang kita tahu susah tapi kita berusaha supaya anggota Majlis Keselamatan PBBB itu ditambah, daripada benua Amerika Selatan, Afrika supaya kita ada wakil tetap daripada benua-benua. Ini yang sedang kami dan kita akan lakukan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat