Jualan global McDonald’s meningkat atasi sasaran suku kedua

BENGALURU – Jualan sebanding global McDonald’s bagi suku kedua mengatasi anggaran Wall Street, apabila pakej makanan mampu milik dan promosi menarik minat pelanggan yang ingin menjimatkan wang mereka di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

Saham syarikat itu meningkat 2.3 peratus pada awal dagangan apabila permintaan kukuh di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa menyumbang kepada kenaikan 3.8 peratus dalam jualan di kedai yang sama secara global, melebihi jangkaan kenaikan 2.4 peratus, menurut laporan LSEG.

Rangkaian makanan segera melihat persaingan semakin sengit apabila syarikat seperti Domino’s Pizza dan pemilik Taco Bell, Yum Brands, menggandakan promosi makanan bernilai untuk menangani penurunan permintaan, terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

Untuk meningkatkan jualan, McDonald’s melancarkan tawaran Happy Meal terhad untuk kanak-kanak dan dewasa yang berkaitan dengan promosi filem ‘Minecraft’ pada April.

Pada Mei, ia memperkenalkan McCrispy Chicken Strips sebagai item menu tetap.

Promosi ini adalah tambahan kepada tawaran set makanan AS$5 dan beli satu, tambah satu dengan AS$1 yang dilancarkan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chris Kempczinski berkata, menarik semula minat pengguna berpendapatan rendah adalah ‘kritikal’, kerana mereka biasanya mengunjungi restoran McDonald’s lebih kerap berbanding kumpulan berpendapatan sederhana dan tinggi.

“Asas pengguna yang terbahagi ini adalah sebab mengapa kami tetap berhati-hati mengenai kesihatan pengguna AS dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Bagi suku kedua, jumlah kunjungan pelanggan ke McDonald’s mengatasi kategori restoran perkhidmatan pantas secara keseluruhan, menurut data daripada firma pengesanan trafik pelanggan Placer.ai.

“Walaupun pesaing seperti Yum Brands dan Chipotle menghadapi penurunan minat pengguna, McDonald’s memanfaatkan kekuatannya dengan menekankan nilai, nostalgia dan promosi terhad,” kata penganalisis eMarketer, Zak Stambor.

Jualan dalam segmen perniagaannya, di mana restoran dikendalikan oleh rakan tempatan, melonjak 5.6 peratus, dipimpin oleh Jepun, manakala ia meningkat empat peratus di pasaran antarabangsa, berikutan pemulihan permintaan di United Kingdom, Kanada dan Perancis.

Related Posts

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang menyemak semula cadangan projek dan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan pelaksanaannya lebih praktikal serta sejajar dengan cabaran ekonomi semasa. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi