Henti main api politik, fokus parti sendiri – Dr Anil

KUNAK – Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Arthur Sen diminta berhenti mengeluarkan kenyataan atau tindakan provokatif sebaliknya fokus kepada hal ehwal parti sendiri.

Demikian saranan Exco Pemuda Barisan Nasional Malaysia merangkap Bendahari Pemuda UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu yang membidas kenyataan Arthur mencabar Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin agar mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau berkata, tindakan mencetuskan kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi negatif hanya akan mengeruhkan lagi suasana politik semasa.

“Kita semua masih berada dalam kerangka Kerajaan Perpaduan MADANI dan sebagai komponen dalam kerajaan, sebarang kenyataan harus dibuat dengan penuh tanggungjawab dan mengambil kira kestabilan politik negara lebih-lebih lagi dalam suasana politik yang kini sudah cukup panas.

“Tidak perlu lagi mengipas bara yang sedang membara kerana yang rugi akhirnya adalah rakyat,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Jelas Anil yang juga Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, UMNO Sabah mempunyai kuasa autonomi dan Pemuda UMNO Sabah kekal taat serta akur kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

“Justeru, saya menyeru semua pihak agar menghentikan kenyataan bersifat provokasi, dan sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha memperkukuh parti masing-masing serta mendekati rakyat dengan kerja yang nyata, bukan sekadar retorik.

“Cukup-cukuplah bermain api politik, sekarang masanya untuk bekerja demi rakyat Sabah dan Malaysia,” tegasnya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti