Analogi lembu: Pemimpin Pas mungkin langgar undang-undang – Azalina

MENTERI Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, mendakwa beberapa pemimpin Pas telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang susulan kenyataan mereka yang menyamakan pemimpin wanita dengan haiwan serta menggunakan ayat al-Quran untuk mempertahankan analogi tersebut.

Menerusi satu hantaran di platform X, Azalina berkata, kenyataan yang dikeluarkan itu kemungkinan melanggar Seksyen 509, 504 dan 298A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga seksyen tersebut berkaitan dengan kesalahan menghina kesopanan seseorang, niat menghina untuk membangkitkan kemarahan yang boleh menyebabkan pelanggaran keamanan, serta tindakan yang boleh menggugat keharmonian.

Walaupun tidak menyebut individu-individu yang terlibat, Azalina memuat naik dua artikel yang merujuk kepada Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Salman Al Farisi, dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Untuk sesiapa yang berkenaan: jika anda masih menyamakan pemimpin wanita dengan haiwan pada tahun 2025, tahniah!

“Jadilah lebih baik, atau sediakan peguam anda,” katanya menerusi hantaran di X.

Azalina juga berkata, bahawa penggunaan unsur agama dalam hujah sedemikian boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penggunaan kata-kata menghina.

Pada Isnin lalu, media melaporkan Salman menyamakan lelaki sebagai lembu jantan, dan wanita sebagai lembu betina berdasarkan pengalamannya dalam penternakan, bagi menegaskan kepentingan lelaki dalam peranan kepimpinan.

Menurut Salman, lembu betina kebiasaannya mengetuai kawanan, manakala lembu jantan berperanan melindungi kumpulan tersebut.

Justeru, beliau berpendapat masyarakat perlu mengelakkan daripada mengangkat wanita sebagai pemimpin, dan lelaki seharusnya menggalas peranan tersebut selari dengan ajaran al-Quran.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mempertahankan kenyataan Salman dengan menyatakan bahawa penggunaan analogi sebegitu merupakan sesuatu yang lazim dalam karya kesusasteraan Islam, dan tidak bertujuan merendahkan martabat wanita.

Tambahnya, beliau tidak melihat kenyataan Salman itu sebagai bersifat seksis.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT