Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur yang berada pada Tahap II (Waspada) meletus antara 12.57 tengah malam hingga 9.06 pagi.

Letusan terbaharu menghambur abu kelabu setinggi 700 meter ke arah barat, manakala letusan sebelum itu 500 hingga 600 meter ke barat dan barat laut.

Gunung Semeru di Jawa Timur pada Tahap III (Siaga) meletus empat kali antara 12.26 tengah malam hingga 6.16 pagi.

Gunung Ibu di Maluku Utara pada Tahap II pula merekod tiga letusan antara 12.49 tengah malam hingga 8.58 pagi.

Badan Geologi memaklumkan Anak Krakatau di Selat Sunda kekal Tahap III selepas letusan berterusan 25 jam.

Trend aktiviti dilaporkan menurun tetapi risiko letusan masih tinggi.

Zon larangan 3km di sekitar kawah masih dikuatkuasakan.

Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik memaklumkan, imej satelit tidak mengesan abu daripada Anak Krakatau dan Gunung Ibu, namun litupan awan mungkin mengaburkan pemerhatian.

Dalam perkembangan lain, Taman Negara Bromo Tengger Semeru menutup sebahagian kawasan pelancongan Gunung Bromo mulai Khamis susulan kebakaran di Savana Pengol.

Pintu masuk Jemplang di Malang juga ditutup, namun pelancong masih boleh masuk melalui Cemoro Lawang dan Wonokitri dengan akses terhad ke Lautan Pasir dan Savana Watangan.

Laluan Malang-Lumajang kekal dibuka bagaimanapun pengunjung diminta elak kawasan terjejas.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun