NBBS perlu dilaksana segera lindungi sempadan Malaysia

PUTRAJAYA – Isu kebocoran di sempadan negara memerlukan tindakan segera dan menyeluruh, termasuklah mempercepatkan pelaksanaan Sistem Keselamatan Sempadan Negara (NBBS) bagi menutup ruang manipulasi, salah guna kuasa dan rasuah.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, teknologi itu berupaya menyepadukan pemantauan digital, data biometrik pelawat, dan sistem risikan pelbagai agensi dalam satu platform masa nyata yang selamat.

Beliau berpandangan, cadangan kerajaan memperluaskan penggunaan sistem pemantauan di 125 pintu masuk dengan 635 sistem kawalan merupakan langkah awal yang wajar dipuji, namun tidak mencukupi tanpa integrasi maklumat antara agensi dan jaringan antarabangsa.

“Kerjasama teknikal dengan negara-negara rakan melalui pertukaran teknologi pemantauan sempadan, penggunaan satelit dan dron rentas sempadan juga perlu digiatkan bagi memastikan liputan keselamatan yang lebih menyeluruh di kawasan pedalaman dan perairan.

“Malaysia juga perlu memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara asal pelawat yang sering dikaitkan dengan sindiket “fly” dan “u-turn” dengan mewujudkan memorandum persefahaman (MoU) berfokuskan pemulangan warga asing secara sah, penstrukturan semula sistem permit, serta mekanisme pemantauan pasca-kemasukan yang berkesan dan boleh dikuatkuasakan.

“Kegiatan sindiket “fly” dan “u-turn” di pintu-pintu masuk negara bukan sekadar masalah penguatkuasaan domestik, tetapi menjadi isu keselamatan negara yang mendalam serta berimplikasi langsung terhadap imej dan kredibiliti Malaysia dalam hubungan antarabangsa,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata,
penambahbaikan struktur kawalan sempadan harus disokong oleh dasar luar negara yang proaktif dan berdiplomasi tinggi, selain perlunya dikemuka inisiatif serantau bagi memperkukuh kawalan sempadan bersama ASEAN dengan menubuhkan pasukan tindak balas pantas rentas sempadan dan sistem pelaporan jenayah migran secara bersepadu.

“Malaysia juga perlu memainkan peranan lebih besar dalam forum serantau seperti Aseanapol dan Interpol bagi memantau serta berkongsi maklumat berkaitan sindiket pemerdagangan manusia dan jenayah terancang yang beroperasi merentasi beberapa negara.

“Dalam jangka panjang, penyelesaian terhadap isu sindiket “fly” dan “u-turn” perlu bersifat holistik, iaitu gabungan antara pembaharuan sistem keselamatan dalam negeri dengan pengukuhan jaringan kerjasama keselamatan antarabangsa,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Ashikin memaklumkan, kerajaaan bukan sahaja pelu melaksana reformsi sistem bersifat domestik, tetapi harus mencerminkan komitmen Malaysia dalam memenuhi obligasi keselamatan antarabangsa, termasuk kerjasama dalam pertukaran risikan, pengesanan awal dan operasi bersama rentas sempadan.

Katanya, kegagalan menyelesaikan sindiket “fly” dan ” u-turn tersebut membuka ruang kepada risiko penyusupan elemen ekstremisme, pemerdagangan manusia, penyeludupan senjata, serta ancaman biosekuriti yang boleh merentas sempadan tanpa dikesan.

“Sekiranya negara terus dilihat sebagai pintu masuk longgar gagal mengekang sindiket antarabangsa, reputasi kita sebagai rakan strategik dalam isu keselamatan serantau boleh dipersoalkan serta mengganggu koordinasi bersama negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina yang sama-sama berdepan tekanan dalam membendung aktiviti rentas sempadan secara haram.

“Sindiket harus ditangani melalui pendekatan keselamatan menyeluruh yang melibatkan teknologi pemantauan canggih, penyelarasan rentas agensi dan komitmen diplomatik tinggi.

“Kegagalan mengurusnya bukan sahaja membuka ruang kepada eksploitasi sempadan, malah menjejaskan kredibiliti negara yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menangani jenayah rentas sempadan,” katanya.

.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma