Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO berharap mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan berlangsung, pada Jumaat dapat menghasilkan keputusan terbaik.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, pihaknya sentiasa mendoakan agar segala urusan berkaitan perkara itu berjalan dengan sebaik-baiknya.

“Mengharapkan yang terbaik dan kita sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segalanya,” katanya dalam sidang media Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO, pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan mesyuarat pengampunan dijadualkan berlangsung esok bagi membincangkan isu berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nurul Amal dalam ucapan dasarnya sebelum itu, turut menegaskan bahawa kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati.

Katanya, kuasa berkenaan merupakan antara prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan tidak seharusnya diperlekehkan atau dinafikan kewujudannya.

“Kuasa ini adalah antara prerogatif yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Justeru, memperlekeh atau menafikan kewujudan kuasa tersebut bermakna kita sedang mempersoalkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan itu sendiri,” katanya.

Related Posts

Mandat bukan sekadar jawatan, Pemuda perlu buktikan khidmat – Syed Hussien

KUALA LUMPUR – Penegasan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bahawa Pemuda yang malas tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang disifatkan selari dengan keperluan setiap pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gabungan UMNO-Pas perlu bawa manfaat kepada semua rakyat – Syed Hussien

KUALA LUMPUR – Sebarang usaha gabungan UMNO dan Pas perlu dilihat dalam kerangka lebih besar dengan matlamat bukan sahaja menyatupadukan orang Melayu, malah memperkukuh kestabilan politik serta memberi manfaat kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mandat bukan sekadar jawatan, Pemuda perlu buktikan khidmat – Syed Hussien

Mandat bukan sekadar jawatan, Pemuda perlu buktikan khidmat –  Syed Hussien

Gabungan UMNO-Pas perlu bawa manfaat kepada semua rakyat – Syed Hussien

Gabungan UMNO-Pas perlu bawa manfaat kepada semua rakyat – Syed Hussien

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati