PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tiga individu ditahan berkait isu pembayaran Hibah TH pada 2017

Katanya, dua lagi individu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)

“Tangkapan terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 48 hingga 70 tahun.

“Tangkapan melibatkan bekas pengerusi, bekas ketua pegawai eksekutif serta kakitangan yang masih berkhidmat dengan TH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Rusdi, tiga individu direman selama dua hari bermula 9 hingga 10 september manakala dua individu lagi yang terlibat dalam siasatan di bawah AMLA telah dibenar reman selama tiga hari.

“Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Related Posts

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi memperberat hukuman terhadap individu yang mencuri kabel landasan kereta api, termasuk meningkatkan tempoh pemenjaraan dan kadar denda. Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan diadakan pada 12 atau 19 Disember depan, namun tarikh berkenaan masih bersifat spekulasi dan belum mendapat pengesahan rasmi. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat

Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat