Empat kejayaan PMX sebagai Pengerusi ASEAN diiktiraf wartawan veteran Thai

KEJAYAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menjadi orang tengah bagi memeterai perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang menyaksikan penghentian serta-merta pertempuran bersenjata di kawasan sempadan yang dipertikaikan, telah diangkat sebagai pencapaian diplomatik yang besar.

Langkah tegas dan berani Perdana Menteri Malaysia itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin politik yang berwibawa dan Pengerusi ASEAN yang berkesan, malah turut mengangkat profil ASEAN di persada antarabangsa.

Wartawan veteran Thailand dan juga penganalisis hal ehwal serantau, Kavi Chongkittavorn, dalam sebuah artikel bertajuk ‘Four Wins for ASEAN Chair Anwar’ yang diterbitkan oleh Thai PBS World, menyifatkan Perdana Menteri Malaysia berjaya meraih empat kejayaan penting hasil inisiatif beliau meredakan ketegangan antara dua negara jiran itu.

Kavi menyatakan, ketika ketegangan antara Thailand dan Kemboja memuncak sehingga tercetusnya serangan meriam bulan lalu, Anwar segera mengambil peluang dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN dan muncul sebagai negarawan serantau.

Kejayaan pertama, menurut Kavi, ialah tindakan Anwar yang menggunakan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN untuk menjadi orang tengah, sekali gus menonjolkan dirinya sebagai pendamai bagi rantau Asia Tenggara.

Kejayaan kedua pula merujuk kepada kemampuan beliau mengubah krisis menjadi peluang bagi memperkukuh kesentralan dan relevansi ASEAN.

“Kuasa besar sering kali memperlekeh ASEAN sebagai hanya ‘kedai bicara’ yang tiada tindakan. Namun, perjanjian gencatan senjata yang sehingga kini masih bertahan telah mengubah naratif tersebut. Anwar menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi untuk menunjukkan ASEAN mampu menjadi pendamai apabila diperlukan,” katanya.

Kavi menambah bahawa Anwar bukan sekadar menganjurkan mesyuarat, tetapi secara aktif memfasilitasi keseluruhan proses rundingan damai.

Beliau menyifatkan kepemimpinan Anwar sebagai bukti bahawa ASEAN mampu melakukan ‘aksi akrobatik’ diplomatik, asalkan memiliki kepemimpinan yang tegas dan berwibawa.

Kejayaan ketiga, kata beliau, ialah kemampuan Anwar memecahkan kebuntuan pertempuran bersenjata, selain berjaya meyakinkan Perdana Menteri Pemangku Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet untuk menghadiri rundingan secara bersemuka di Kuala Lumpur Adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Untuk rekod, dalam konflik yang berlaku antara tahun 2008 hingga 2011, Thailand menolak sebarang jemputan daripada ASEAN untuk menyertai rundingan damai.

Kejayaan keempat pula merujuk kepada kebolehan Anwar mengimbangi pengaruh dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China dengan melibatkan kedua-duanya sebagai pemerhati dalam proses rundingan tersebut.

“Dalam keadaan hubungan kuasa besar yang jarang bekerjasama, kedua-dua negara menghantar wakil bagi menyokong inisiatif ASEAN yang diterajui Anwar. Mereka hadir, namun tiada satu pun yang mendominasi dengan tepat seperti yang ASEAN inginkan,” katanya.

Kavi menyatakan bahawa kejayaan ini lebih mengagumkan memandangkan Anwar terkenal dengan kritikannya terhadap dasar Washington, khususnya berhubung isu Palestin. Beliau jauh lebih lantang berbanding pemimpin ASEAN lain, termasuk Indonesia, dalam mengkritik dasar AS dan Israel berkenaan Gaza.

Katanya lagi, pencapaian ini menunjukkan bahawa ASEAN mampu mencapai hasil yang bermakna sekiranya dipimpin oleh tokoh yang berwibawa dan berkredibiliti.

“Anwar ialah tokoh lama dalam ASEAN. Beliau faham dengan mendalam tentang dinamik serantau. Apabila peluang muncul susulan perubahan global, beliau segera bertindak,” tulisnya.

Bagi ASEAN, ujar Kavi, krisis ini mengingatkan kita bahawa tindakan jauh lebih bermakna daripada kenyataan bersama tahunan.

“Bagi Anwar, ini membuktikan bahawa diplomasi yang bijaksana mampu mengubah nasib politik. Dan bagi rantau ini, ia menunjukkan bahawa penyelesaian dipacu ASEAN masih relevan dalam dunia yang penuh ketidaktentuan,” katanya.

Artikel penuh tulisan Kavi Chongkittavorn boleh dibaca di laman Thai PBS World bertajuk Four Wins for ASEAN Chair Anwar.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat