Lelaki dipotong kemaluan, dicampak dalam empangan selepas dituduh amal sihir

GAJAPATI, INDIA – Seorang lelaki berusia 35 tahun menjadi mangsa amukan penduduk kampung dalam insiden kejam yang dipercayai berpunca daripada tuduhan mengamalkan ilmu hitam.

Mangsa, Gopal Mallick, bukan sahaja diculik dan dipukul, malah dicekik sehingga mati sebelum kemaluannya dipotong dalam kejadian mengerikan itu, yang berlaku di daerah Gajapati, India pada Sabtu malam.

Lebih mengejutkan, mayatnya dibuang ke dalam Empangan Harabhangi dengan batu diikat pada tubuh yang dipercayai bagi menenggelamkan jasadnya bagi menghapuskan bukti.

Setakat ini, seramai 14 penduduk kampung ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu.

Siasatan awal polis mendedahkan kemarahan penduduk berpunca daripada kematian misteri seorang wanita dua minggu lalu. Gopal dikatakan menjadi sasaran tuduhan, kononnya menggunakan sihir yang menyebabkan kematian wanita terbabit.

Kerana bimbang keselamatan diri, Gopal dan keluarganya melarikan diri ke daerah Ganjam namun, beliau pulang ke kampung pada hari kejadian untuk mengambil semula haiwan ternakan, tanpa mengetahui ajal menantinya.

Adik iparnya, Sita Mallick, telah membuat laporan polis dan memaklumkan Gopal pernah menerima ugutan sebelum ini.

Polis masih mengesan beberapa suspek lain yang dipercayai turut terlibat dalam pembunuhan kejam ini yang menggemparkan daerah berkenaan.

Related Posts

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai. Dalam sesi taklimat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

Maszlee, Suhaizan taruhan utama PH di PRN Johor

Maszlee, Suhaizan taruhan utama PH di PRN Johor

Program RISE x Tamu 2026 tumpu Sektor Ketiga RMK13

Program RISE x Tamu 2026 tumpu Sektor Ketiga RMK13

Pekeliling baharu JPA perkasa ketelusan, integriti penjawat awam

Pekeliling baharu JPA perkasa ketelusan, integriti penjawat awam

32,461 ahli NADI Sabak Bernam jadi duta komuniti, sebar kesedaran keselamatan digital

32,461 ahli NADI Sabak Bernam jadi duta komuniti, sebar kesedaran keselamatan digital

Usahawan tani digalak manfaat platform digital, media sosial pasarkan produk pertanian

Usahawan tani digalak manfaat platform digital, media sosial pasarkan produk pertanian