Pekebun kelapa sawit mampu ukir senyuman di zaman PMX

“HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.” Peribahasa ini menggambarkan betapa bertuahnya pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia pada era pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila nasib mereka kini jauh lebih terbela, hasil usaha dan komitmen Kerajaan MADANI.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, jika sebelum ini harga kelapa sawit turun naik tanpa kawalan jelas, namun pada hari ini senyuman mula terukir di wajah para pengusaha dan pekebun kecil.

Ini kerana tegasnya, di bawah pentadbiran Anwar, kerajaan tidak hanya bergantung kepada pasaran semata-mata, sebaliknya mengambil langkah proaktif bagi memastikan industri sawit kekal kompetitif, stabil, dan menguntungkan semua pihak terutamanya pekebun kecil.

“Ya harga sawit kini stabil dan pendapatan pekebun lebih terjamin. Kerajaan Madani sentiasa berusaha memastikan harga kelapa sawit kekal tinggi dan stabil. Ini penting bagi menjamin pendapatan berterusan kepada golongan pekebun kecil yang menjadi nadi utama sektor ini.

“Bagi menyokong pekebun kecil terus berkembang, Kerajaan MADANI menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan MADANI dan insentif Tanam Semula yang disalurkan kepada mereka yang layak. Ini memberi peluang kepada pekebun kecil untuk memperbaharui ladang dan meningkatkan hasil jangka panjang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Bagan Datuk baru-baru ini.

Selain itu, Azhar yang juga Ahli Lembaga Pengarah MPOB berkata, tindakan Perdana Menteri melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi merupakan satu tindakan yang tepat

“Datuk Seri Johari Ghani telah memainkan peranan penting dengan membawa minyak sawit Malaysia ke pentas antarabangsa. Promosi besar-besaran bukan sahaja tertumpu pada nilai pemakanan, bahkan turut menampilkan potensi minyak sawit sebagai bahan asas produk kesihatan dan kecantikan, berdasarkan pelbagai kajian antarabangsa.

“Beliau juga dilihat sebagai antara menteri yang paling aktif turun ke lapangan, bertemu pekebun, mendengar keluhan mereka dan merangka dasar berdasarkan realiti di lapangan, bukan sekadar angka di atas kertas,” katanya.

Pada masa sama, Azhar menegaskan, peranan MPOB juga tidak boleh diketepikan dalam membantu pekebun kelapa sawit meningkatkan hasil pengeluaran sawit.

“MPOB menggalakkan penggunaan baja berkualiti bagi memastikan hasil sawit lebih bermutu, MPOB menggalakkan pekebun kecil menggunakan baja yang telah diiktiraf. Baja berkualiti secara langsung meningkatkan hasil pengeluaran dan menjadikan produk sawit tempatan lebih kompetitif.

“Selain itu penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan kerajaan melalui MPOB juga giat dijalankan, pelbagai penyelidikan bagi menghasilkan benih berkualiti tinggi, teknologi mesra alam, dan pendekatan baharu yang boleh meningkatkan produktiviti serta ketahanan tanaman terhadap penyakit dan perubahan iklim,” katanya.

Justeru, Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menegaskan, Kerajaan MADANI bukan hanya mendengar, tetapi bertindak.

“Di bawah kepimpinan PMX, sektor sawit yang menjadi nadi ekonomi luar bandar kini diberi nafas baharu. Dengan dasar pro-rakyat, pendekatan saintifik, dan diplomasi komoditi yang berkesan, tidak hairanlah pengusaha kelapa sawit hari ini mampu mengukir senyuman hasil keprihatinan dan kecekapan beliau mentadbir negara,” katanya.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Perak tumpaskan kegiatan edar dadah, rampasan lebih RM120,000

Polis Perak tumpaskan kegiatan edar dadah, rampasan lebih RM120,000

Tawaran kerja sambilan palsu di media sosial, pemandu lori kerugian lebih RM80,000

Tawaran kerja sambilan palsu di media sosial, pemandu lori kerugian lebih RM80,000

Sultan Selangor ingatkan umat Islam bahaya fitnah di hujung jari

Sultan Selangor ingatkan umat Islam bahaya fitnah di hujung jari

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun