JPA kaji cadangan pencen wajib 65 tahun

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, cadangan itu masih di peringkat awal dan memerlukan penelitian mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Belum ada kajian pada ketika ini. JPA akan melaksanakan kajian terlebih dahulu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri syarahan perdana bertajuk ‘State Capacity and Directed Growth: A Mission Oriented’ oleh pakar ekonomi, Prof Mariana Francesca Mazzucato di sini, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat pada 31 Julai lalu memaklumkan bahawa had umur persaraan wajib akan dikaji semula seiring peralihan Malaysia ke arah negara tua.

Perkara itu terkandung dalam Prakarsa Kesembilan RMK13 yang menekankan aspek keadilan sosial dan kesaksamaan peluang untuk seluruh rakyat.

Perdana Menteri turut menyatakan pelbagai aspek – termasuk implikasi kewangan dan kesan terhadap peluang pekerjaan – perlu dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.

Ketika ini, umur persaraan wajib bagi penjawat awam di Malaysia ditetapkan pada 60 tahun.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH