BEEP PLUS bantu usahawan Sabah dan Sarawak tingkat produktiviti

PENAMPANG – Usaha memperkasa usahawan Bumiputera di Sabah dan Sarawak terus dipergiat menerusi Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP PLUS), iaitu inisiatif geran padanan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, BEEP PLUS adalah bantuan geran padanan yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan kapasiti perusahaan usahawan tempatan. Sejak dua tahun ia dilaksanakan, seramai 184 syarikat dan PMKS Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima manfaat.

“Program itu diperkenalkan pada tahun 2023 sebagai antara pendekatan kementerian dalam menyokong dasar Pandang ke Timur dan menjadikan pembangunan keusahawanan lebih inklusif, khususnya di kawasan luar bandar.

“Lebih RM15 juta telah diluluskan dan disalurkan di bawah program tersebut sepanjang dua tahun pelaksanaannya menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),” katanya dalam Sesi Lawatan Pemantauan, Khidmat Nasihat dan Ramah Mesra bersama penerima Program BEEP di sini, pada Selasa.

Ewon turut memberi jaminan bahawa kementerian komited meneruskan program ini sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan usahawan Bumiputera di wilayah Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, antara seorang penerima geran, pemilik Crystal Bridge’s Farm, Simon Boyou berkongsi bahawa bantuan BEEP PLUS amat membantu dalam mengatasi masalah bekalan elektrik di premisnya.

“Sebelum ini, gangguan elektrik memaksa saya membatalkan tempahan bilik pelanggan. Namun selepas menerima geran ini, saya dibekalkan janakuasa dan kini perniagaan saya lebih stabil,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press.

Bagi pengusaha Santan Station Enterprise, Affiefie Alli, syarikat pembekal kuih-muih Melayu ke hotel-hotel lima bintang sekitar Kota Kinabalu, geran tersebut telah melonjakkan jualan syarikatnya sebanyak 50 peratus sebulan.

“Dulu, pengeluaran terhad kerana kekurangan peralatan. Tapi kini, dengan mesin moden yang dibekalkan menggunakan geran, kami mampu hasilkan lebih banyak kuih dalam masa singkat,” jelasnya.

Sementara itu, pemilik Fazgrow, Rosnani Tallesang, pengeluar kuih sejuk beku berkata, dia kini mampu menyewa ruang pemprosesan yang lebih besar dan selesa selepas menerima bantuan itu.

“Dulu hasil jualan sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Kini, alhamdulillah mencecah RM40,000 sebulan,” katanya dalam nada gembira.

Related Posts

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

KUANTAN – Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari, bermula hari ini hingga 12 September depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?