Karunanithy tamat tugas di Sabah, lapor diri ke SPRM Pulau Pinang

KOTA KINABALU – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy Subbiah mengadakan kunjungan hormat perpisahan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Menurut Hajiji, Karunanithy yang berkhidmat di Sabah sejak Mac 2019 akan memulakan tugas baharu sebagai Pengarah SPRM Pulau Pinang.

“Kerajaan Negeri menghargai komitmen dan usaha gigih Karunanithy dalam memperkukuh integriti dan membanteras rasuah di Sabah. 

“Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau dan mendoakan kejayaan berterusan dalam tugas dan di tempat baharu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah dilantik sebagai Pengarah baharu SPRM Sabah.

Related Posts

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

PENAMPANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Penampang menggesa Ketua UMNO Sepang, Datuk Noorazli Said menarik balik kenyataannya yang didakwa menjadikan paderi dan biarawati Katolik sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

IPOH – Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas lori dipandunya dihempap batu bersaiz besar yang dipercayai menggelongsor dari lereng bukit dalam kejadian runtuhan batu di sebuah kawasan kuari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar