Tiga beradik diberkas, guna kad ATM tercicir beli barangan

LAHAD DATU – Tiga wanita tempatan yang juga adik-beradik ditahan sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Lahad Datu selepas dipercayai menggunakan kad ATM milik orang lain bagi tujuan peribadi dengan membeli barangan. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, tangkapan itu susulan laporan polis dibuat pemilik kad yang mendakwa kad debit ATM Agro Bank miliknya hilang. 

“Pengadu juga membuat semakan melalui Agro Bank dan mendapati kad debit ATM miliknya telah digunakan di beberapa pusat beli-belah di sekitar Lahad Datu tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa. 

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek juga mengaku menyalahgunakan kad ATM Agro Bank milik orang lain dengan beberapa kali membuat pembayaran menggunakan kad tersebut secara ‘paywave’ untuk keperluan sendiri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah