JBPM perkasa kesiapsiagaan, latih anggota hadapi isu nuklear dan radioaktif

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memacu kesiapsiagaan negara dengan memperkasakan latihan serta kemahiran anggota dalam menghadapi potensi pelaksanaan projek tenaga nuklear di Malaysia, selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, kawalan pencegahan yang lebih ketat amat penting bagi memastikan keselamatan loji nuklear yang bakal dibina pada masa hadapan.

“Teknologi pembinaan loji nuklear hari ini sudah matang dan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa. Dari segi keselamatan, semua reaktor nuklear dirujuk kepada panduan global,” jelasnya.

Menurut beliau, seramai 249 anggota bomba di seluruh negara telah pun menerima latihan berkaitan keselamatan radioaktif sebagai persediaan awal. 

“Namun begitu, latihan dan persediaan ini akan terus dipertingkatkan bergantung kepada lokasi pembinaan loji nuklear yang bakal dilaksanakan. Kita juga akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membina pasukan tindak balas khusus keselamatan nuklear,” katanya.

Tambah Nor Hisham, pihak JBPM akan sentiasa merujuk kepada beberapa rakan strategik bagi memperkukuh keupayaan pasukan dan memastikan anggota bomba benar-benar bersedia menghadapi sebarang insiden melibatkan radioaktif atau nuklear.

“Komitmen JBPM adalah memastikan setiap aset dan anggota berada dalam keadaan terbaik agar kita sentiasa bersedia memberi tindak balas pantas terhadap sebarang kecemasan, termasuk ancaman baharu seperti insiden radioaktif atau nuklear,” tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, JBPM Sarawak terus menegaskan komitmen terhadap profesionalisme apabila seramai 33 anggota dan pegawai telah menerima Pingat Perkhidmatan Bomba Tahun 2024 dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Wisma Wanita, Petra Jaya Kuching pada 4 Ogos. 

Seorang pegawai menerima Pingat Jasa Bomba (PJB), sembilan menerima Pingat Setia Bomba (PSB), dan 23 lagi menerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) atas khidmat cemerlang dan dedikasi mereka.

JBPM merakamkan penghargaan kepada semua penerima pingat dan berharap penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memartabatkan perkhidmatan bomba yang profesional dan berprestasi tinggi.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini