Dua maut dua cedera, lori telur rempuh treler berhenti tepi lebuh raya

TANJUNG MALIM – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas lori membawa muatan telur merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, tengah hari pada Isnin.

Kedua-dua mangsa yang maut, dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an, tercampak keluar dari lori akibat impak kuat pelanggaran dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 12 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan telur ayam, dinaiki empat lelaki, seorang pemandu dan tiga kelindan. Lori tersebut dipercayai merempuh bahagian belakang treler bermuatan simen kampit yang berhenti di tepi jalan.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan telah meninggal dunia. Dua lagi mangsa berusia lingkungan 30-an dan 40-an mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, anggota bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan proses pengecaman.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan