Penyelarasan undang-undang ASEAN diperlukan dalam era digital

NEGARA-negara anggota ASEAN disaran menyelaraskan pendekatan perundangan masing-masing bagi menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), jenayah siber, keselamatan dalam talian serta timbang tara dan mediasi antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, banyak isu perundangan yang dihadapi negara anggota ASEAN mempunyai persamaan, justeru memerlukan pendekatan yang selaras dan saling melengkapi.

“Timbang tara antarabangsa, mediasi antarabangsa, keselamatan dalam talian dan jenayah siber, AI dalam amalan guaman, pembaharuan undang-undang jenayah dan komersial, insolvensi rentas sempadan serta hak asasi manusia dalam perniagaan merupakan antara tajuk yang mempunyai kesamaan dalam kalangan negara ASEAN.

“Negara-negara ini, termasuk Malaysia, menghadapi cabaran yang hampir serupa. Sebagai contoh, isu berkaitan AI merupakan antara cabaran utama yang sedang ditangani secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pra-Peluncuran Forum Undang-undang ASEAN 2025 di Parlimen, hari ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Forum Undang-undang ASEAN 2025 selama tiga hari, bermula 19 Ogos ini, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Forum berkenaan merupakan platform strategik sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia dan bukan sekadar persidangan perundangan semata-mata.

Dalam perkembangan berkaitan, Azalina menyarankan agar negara-negara anggota ASEAN mengiktiraf dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif, seperti mediasi dan timbang tara antarabangsa, dalam menyelesaikan isu berkaitan perdagangan dan perniagaan rentas sempadan.

“Masalah perniagaan boleh diselesaikan melalui penyelesaian pertikaian alternatif dan bukan semata-mata dengan membawa kes ke mahkamah.

Maka, apabila negara ASEAN menjalankan urusan perniagaan sesama mereka, sama ada melibatkan syarikat atau kerajaan dan sekiranya berlaku percanggahan, mereka boleh menggunakan platform mediasi atau timbang tara antarabangsa,” ujar beliau.

Forum Undang-undang ASEAN 2025 dijangka menjadi landasan penting dalam usaha merapatkan jurang kerjasama perundangan serantau serta merintis pendekatan bersama dalam mendepani isu global yang berasaskan teknologi dan transformasi digital.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung