Dr Zaliha layak kemudi landskap politik baharu – PKR Johor

JOHOR BAHRU – Pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor disifatkan sebagai keputusan terbaik dalam mengubah arus landskap politik baharu.

Dalam kenyataan bersama, barisan kepimpinan cabang PKR seluruh negeri termasuklah bekas pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tokoh berwibawa seperti Dr Zaliha dianggap tepat untuk membawa nafas baharu dalam parti berkenaan.

“Kami menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

“Beliau memiliki pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran serta rekod cemerlang dalam memperjuangkan agenda reformasi dan diyakini mampu menerajui PKR Johor ke arah yang lebih dinamik dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, pelantikan Md Ysahrudin Kusni sebagai Timbalan Pengerusi PKR Johor pula mencerminkan komitmen parti untuk memupuk barisan kepimpinan pelapis yang progresif dan berdaya tahan.

“Beliau merupakan tokoh muda yang aktif serta berpengalaman luas di peringkat akar umbi dan kepimpinan cabang.

“Gabungan kedua-dua individu ini sememangnya komited untuk memberikan kerjasama penuh terhadap pimpinan baharu dalam memperkukuh gerak kerja parti, mendekati rakyat serta memperjuangkan isu-isu keadilan sosial dan kepentingan rakyat Johor secara menyeluruh.

“Dengan semangat perpaduan dan tekad yang jitu, kami percaya bahawa PKR Johor akan terus maju ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam lanskap politik negara,” katanya.

Selain Ketua Cabang Ledang, Syed Ibrahim, kenyataan bersama itu turut melibatkan sokongan daripada Md Ysahrudin (Bakri), Mohd Fakharuddin Moslim (Tenggara), Abdul Saad Salleh (Sri Gading), Khairil Adanan (Mersing), Arthur Chiong Sen Sern (Kulai), Mohd Shahrun Radzi (Sembrong), Rosman Tahir (Ayer Hitam), Roselin Nona (Muar), Haniff Hosman (Pontian), Sayful Ariffin Abdul Karim (Tanjung Piai), Ibrahim Mohd Nor (Kota Tinggi) dan Ravi Sankar (Labis).

Ini termasuk Hishamuddin Misrin (Parit Sulong), Murad Jailani (Pasir Gudang), Kalytas Chandrahasan (Kluang), Subramani Chami (Pagoh), Dr Mazlee Malik (Simpang Renggam), Shamala Sham (Iskandar Puteri), Shamala Vasudevan (Segamat), Prakash Maniam (Tebrau), Faezuddin Puad (Pulai) dan Pang See Keong (Sekijang).

Terdahulu, Dr Zaliha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diumumkan sebagai Pengerusi MPN PKR Johor yang baharu sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Sekijang itu menggalas tanggungjawab menerajui kepimpinan parti di peringkat negeri.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan