Kedaulatan negara tidak terjejas sepanjang rundingan tarif dengan AS

PUTRAJAYA – Malaysia berpegang teguh terhadap beberapa perkara asas (garis merah) dan berjaya mencapai kadar tarif baharu dengan Amerika Syarikat (AS) tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara.

Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pengurangan tarif kepada 19 peratus itu adalah hasil proses rundingan teliti dan sistematik.

“Keputusan ini mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dan berterusan antara Malaysia dan AS.

“Ia juga membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan yang boleh dipercayai.

“Kami merakamkan penghargaan kepada rakan runding kami di AS, terutamanya Pejabat Wakil Perdagangan AS dan Jabatan Perdagangan AS, atas kerjasama membina sepanjang proses rundingan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas ditandatangani Donald Trump bertarikh 31 Julai itu dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih.

Tengku Zafrul memaklumkan, MITI akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memaksimumkan peluang daripada perkembangan itu, termasuk momentum pelaburan diluluskan, projek infrastruktur yang sedang berjalan, kadar realisasi pelaburan melebihi 85 peratus serta inisiatif pembangunan negara yang bersifat pemangkin.

“Kami kekal komited dalam mempertahankan kepentingan perdagangan Malaysia sambil memupuk kerjasama saling menguntungkan dengan negara ekonomi utama dunia termasuk AS.

“Malaysia juga akan meneruskan reformasi industri dan usaha strategik mempelbagaikan perdagangan bagi menyokong pertumbuhan negara,” katanya.

MITI juga, katanya, bekerjasama rapat dengan agensi seperti Bank Negara Malaysia dalam menilai kesan pelbagai tahap tarif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit