Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa amat dukacita berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima mangsa di Long Lellang, Baram.

Beliau bersama-sama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merakamkan salam takziah kepada keluarga Kapten Zainol, Dr Ainul, PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.

“Sesungguhnya, tugas yang mereka laksanakan menerusi Perkhidmatan Doktor Udara merupakan satu khidmat yang amat besar nilainya kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Khidmat bakti serta pengorbanan mangsa akan sentiasa dikenang kerana mereka terkorban ketika sedang menggalas amanah membawa rawatan perubatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua anggota keselamatan, pasukan bomba, petugas kesihatan, pihak berkuasa serta penduduk setempat yang terlibat dalam operasi di lokasi kejadian.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan