Hari Pahlawan Sabah disambut penuh semangat patriotik

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2025 berlangsung penuh semangat patriotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan wira negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sambutan ini merupakan penghormatan bermakna kepada wira-wira negara, khususnya mereka yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013.

“Hari Pahlawan disambut setiap tahun pada 31 Julai bagi menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang turut memeriksa kawalan kehormatan.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormatan oleh Tun Musa, diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera negeri, tiupan Last Post serta bacaan doa selama 30 saat sebagai simbol penghormatan kepada wira-wira yang telah gugur.

Selesai majlis rasmi, Tun Musa turut berkenan melawat Muzium Polis Sabah dan gerai pameran pasukan keselamatan, dengan diiringi oleh Hajiji dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar