Geng Ali curi kad sistem TM tumpas

SUNGAI PETANI – Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kad sistem di kabinet milik Telekom Malaysia (TM) yang menyebabkan kerugian mencecah RM80,000 dengan menahan dua lelaki di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, penahanan kedua-dua suspek berusia 24 dan 27 tahun, yang dikenali sebagai Geng Ali, sekitar daerah ini dibuat menerusi Op Pintu yang dijalankan berikutan peningkatan kes kecurian sejak kebelakangan ini.

“Kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah. Polis turut merampas satu guni putih yang mengandungi 29 kad kabinet milik TM (Streamyx) dan satu kotak kad kabinet TM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan kawasan pencawang milik TM yang berada di tepi jalan kerana mudah dicuri dan menjualnya ke premis barang lusuh.

Tambahnya, kegiatan kumpulan itu menyebabkan TM mengalami kerugian kira-kira RM80,000 akibat gangguan perkhidmatan internet jalur lebar di sekitar kawasan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berlainan, Hanyan berkata, sebanyak 974 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah menerusi operasi trafik berskala besar yang dijalankan di seluruh daerah.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar