Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa 1,550 liter petrol tanpa dokumen sah

SANDAKAN – Cubaan sebuah bot kargo membawa 1,550 liter minyak petrol tanpa dokumen sah berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan di perairan berhampiran Pulau Berhala, awal pagi Rabu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot kargo berkenaan ditahan pada jarak kira-kira 0.8 batu nautika barat Pulau Berhala pada pukul 1.35 pagi selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 62 jerikin berisi 1,550 liter minyak petrol dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Tekong dan kru bot turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot berkenaan tidak mempunyai lesen operasi,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, dua lelaki masing-masing berusia 42 dan 38 tahun ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1962, Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM27,000. 

“Tindakan tegas ini selaras dengan komitmen Maritim Malaysia memastikan perairan negara bebas daripada sebarang aktiviti jenayah maritim,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau jenayah maritim boleh menyalurkan maklumat ke Pusat Operasi Maritim Sandakan di talian 089-222519 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak