100 keluarga B40 terima Bakul MADANI

KUANTAN – Inisiatif kerajaan MADANI menyalurkan bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan (B40) diteruskan di kawasan RRM Semambu, dekat sini.

Pengagihan Bakul MADANI itu diadakan hari ini, yang disempurnakan ADUN Semambu, Chan Chun Kuang.

Hadir sama Ketua Wanita PKR Indera Mahkota, Farahida Fauzi dan AJK Cabang berkenaan.

Chun Kuang yang berkongsi mengenai majlis itu di Facebook, berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan bebanan ditanggung penerima.

“Usaha ini adalah hasil inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Datuk Farhan Fauzi.

“Hari ini, kami menyerahkan Bakul MADANI – yang mengandungi barangan keperluan asas – kepada keluarga yang layak dengan harapan ia dapat membantu memudahkan urusan harian mereka,” katanya.

Beliau berkata, usaha dan bantuan berterusan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan MADANI.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok