Projek naik taraf loji air Salim capai 25.48 peratus, bakal siap lebih awal

SIBU – Kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Salim yang bernilai RM291.4 juta kini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 25.48 peratus mendahului jadual asal sebanyak 8.85 peratus.

Projek strategik itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dan dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti loji daripada 150 juta liter sehari (MLD) kepada 300 MLD bagi menampung keperluan bekalan air bersih di kawasan tengah negeri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kemajuan yang memberangsangkan itu hasil pemantauan rapi serta kerjasama baik antara agensi pelaksana, kontraktor dan pihak berkaitan.

“Setakat ini, kerja berjalan lebih awal daripada jadual asal iaitu 16.63 peratus. Ini menunjukkan projek berada pada landasan yang tepat dan kita berharap momentum ini dapat diteruskan sehingga siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek di Loji Rawatan Air Salim pada Selasa.

Projek itu melibatkan pelbagai komponen utama termasuk menaik taraf pengambilan air mentah Fasa 2, pembinaan saluran paip air mentah sepanjang 8 kilometer menggunakan paip keluli lembut berdiameter 1.4 meter serta kerja menaik taraf komponen loji sedia ada bagi Fasa 1 dan 2.

Selain itu, pembinaan saluran paip air terawat sepanjang 4 kilometer turut dilaksanakan melibatkan dua saiz paip utama berdiameter 1.6 meter dan 1.2 meter bagi memastikan pengagihan air yang lebih cekap dan efisien.

Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 350,000 penduduk sehingga tahun 2036 merangkumi kawasan Sibu, Kanowit, Selangau, Maradong dan Rassau.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Jafri Lias; Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Ir Ts Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd, Malseni Jamal; Pengurus Besar Lembaga Air Sibu, Abdul Malik Abdullah dan Pengurus Besar Lembaga Air Kuching, Ir Rodziah Mohamad.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini