Perlekeh usaha diplomatik negara, Ahmad Fadhli perlu mohon maaf – AMK

USAHA diplomatik Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa susulan kejayaan memeterai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja, disambut sinis oleh pembangkang tempatan yang dilihat lebih cenderung memperlekeh kejayaan negara sendiri demi kepentingan politik sempit.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, menyelar tindakan pembangkang yang terus menerus memperkecil peranan Malaysia di pentas antarabangsa, termasuk kejayaan terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai arkitek perdamaian serantau.

Menurut beliau, penghormatan yang diberikan oleh komuniti antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, dan seluruh negara ASEAN terhadap usaha diplomasi Malaysia seharusnya dibanggakan dan bukan dijadikan bahan kritikan dangkal.

“Ironinya, yang memperlekeh bukan orang luar. Tetapi pembangkang di tanah air sendiri yang nampaknya lebih rela melihat kegagalan daripada mengiktiraf kejayaan yang membanggakan negara,” tegas beliau.

Kamil menekankan bahawa kejayaan diplomatik ini bukan isu parti atau individu, tetapi menyentuh maruah negara dan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin yang dihormati di rantau ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa semasa mereka berkuasa dahulu, tiada satu pun pencapaian diplomatik berskala besar seperti ini berjaya dicapai, apatah lagi memainkan peranan aktif dalam menyelesaikan konflik serantau.

“Kini, apabila Malaysia di bawah Kerajaan MADANI berdiri megah melakar diplomasi di persada antarabangsa, pembangkang memilih untuk menyemai kebencian dan dendam kesumat,” katanya.

Kamil turut mengkritik sikap pembangkang yang didakwa tidak patriotik dan memalukan negara dengan kenyataan sinis serta tindakan tidak bertanggungjawab, termasuk menentang prinsip pendamaian yang seharusnya menjadi tunjang ajaran Islam.

“Tuntutan Islam yang sepatutnya meraikan pendamaian, disanggah dengan kebencian politik yang membuak. Ini jauh menyimpang dari ajaran dan tuntutan Islam,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus melangkah ke hadapan menjulang nama negara melalui pendekatan diplomatik berteraskan kemanusiaan, bukan retorik kosong dan kebencian.

Sehubungan itu, beliau mendesak Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja atas kenyataannya yang didakwa biadab dan tidak mencerminkan semangat kejiranan.

“Malaysia sama sekali tidak akan mempertahankan tindakan gopoh dan bebal yang tidak ada secebis rasa hormat pada negara lain, apatah lagi negara jiran,” katanya menutup kenyataan.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan