AS puji peranan Malaysia akhiri konflik Thailand-Kemboja

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memuji peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang mencapai kata sepakat menghentikan konflik sempadan mulai tengah malam tadi.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan menyifatkan gencatan senjata itu sebagai langkah penting ke arah mengakhiri ketegangan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu di sempadan dua negara jiran di Asia Tenggara itu.

“Presiden Donald Trump dan saya komited terhadap penghentian segera segala bentuk keganasan, dan menjangkakan agar kedua-dua negara menunaikan komitmen mereka menamatkan konflik ini.

“Kami amat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kesediaan beliau menjadi tuan rumah bagi rundingan gencatan senjata ini,” katanya dalam kenyataan.

Rubio berkata, AS komited dalam menyokong proses damai itu dan akan terus terlibat secara aktif dalam inisiatif bersama dipelopori Malaysia.

“Kami menggesa semua pihak terlibat mematuhi segala persefahaman yang dicapai,” tegasnya.

Rundingan damai itu menyaksikan persetujuan bersama dicapai antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Perkara itu diumumkan Anwar selaku hos, Pengerusi ASEAN dan saksi bagi Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja yang di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit