ASEAN seru Thailand, Kemboja selesai konflik sempadan secara aman

ASEAN menggesa Thailand dan Kemboja agar kembali ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik sempadan yang semakin memuncak secara aman dan berpandukan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Menteri-menteri Luar ASEAN menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara jiran itu yang telah mengorbankan banyak nyawa, merosakkan harta benda awam serta memaksa ribuan penduduk berpindah ke kawasan sempadan.

“Kami menekankan keperluan untuk kedua-dua pihak menahan diri sepenuhnya, melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan pelaksanaan gencatan senjata itu.

“Kami juga menggesa agar penyelesaian secara aman dicapai demi mengembalikan keamanan dan kestabilan serantau, berdasarkan semangat kekeluargaan ASEAN, perpaduan dan semangat kejiranan yang baik,” menurut kenyataan itu.

Pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja yang memuncak pada 25 Julai lalu telah mencetuskan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja. Pergolakan terbaharu itu telah menyebabkan lebih 20 kematian di pihak Thailand, manakala Kemboja pula melaporkan kehilangan lima anggota tentera dan lapan orang awam.

Selain itu, ribuan penduduk di kedua-dua belah sempadan turut dipindahkan demi keselamatan.

Ketegangan dikatakan mula meningkat sejak 28 Mei lalu susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera di kawasan sempadan Preah Vihear yang menjadi rebutan, menyebabkan seorang anggota tentera Kemboja terbunuh. Sempadan sepanjang 817 kilometer antara kedua-dua negara itu masih belum dimuktamadkan dan terus menjadi punca ketegangan serta tekanan diplomatik yang berpanjangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan bersama pemimpin Thailand dan Kemboja pada jam 3 petang ini di Putrajaya, bagi membincangkan langkah penyelesaian terhadap konflik tersebut.

Menurut Perdana Menteri, kedua-dua negara telah meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini untuk menjadi pengantara dalam rundingan damai.

Dalam kenyataan sama, Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan bahawa mereka akan terus memantau perkembangan isu ini dan menyokong sepenuhnya usaha diplomatik Pengerusi ASEAN dalam memudah cara dialog dan menamatkan pertempuran.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit