Usaha jangka panjang PMX mula dirasai rakyat marhaen

MESKIPUN berdepan pelbagai tohmahan dan kecaman setiap hari, usaha jangka panjang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperbaiki infrastruktur dan ekonomi negara mula mendapat perhatian rakyat, khususnya golongan marhaen.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press di platform media sosial, TikTok, seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @riderjalanan09, yang mengakui dirinya sebagai ‘rider jalanan’ selama lebih 10 tahun, memuat naik satu video yang menyentuh hati ramai.

Dalam video itu, dia meluahkan penghargaan terhadap usaha kerajaan memperbaiki jalan raya yang selama ini menjadi laluan harian para penghantar makanan dan pekerja gig.

“Terima kasih PMX, aku hanya ‘rider’ jalanan tiada siapa pandang cakap aku, tapi 10 tahun ‘runner’ ke sana ke mari. Inilah kali pertama nampak usaha baiki jalan rakyat marhaen walau kamu dikeji setiap hari,” katanya.

Video berkenaan tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada netizen yang turut membanjiri ruangan komen dengan senada menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap dasar serta hala tuju kepimpinan PMX.

Pengguna @senjananmerah menulis, “Dengan PMX memang kena sabar, cuma lambat tapi dia akan buat. Sebab dia kena stabilkan ekonomi dan yakinkan pelabur. Hasilnya akan nampak sikit-sikit bila masuk tahun keempat ke atas,” katanya.

Dia turut menyentuh tentang komitmen kerajaan dalam membayar hutang negara, membaik pulih fasiliti awam seperti klinik dan sekolah, serta mengambil tindakan terhadap individu berprofil tinggi dalam kes-kes rasuah.

Manakala @mrs.king67 pula berkongsi pengalaman di kawasannya, “Saya orang Paya Jaras memang lega sebab sebelum ini jalan memang teruk berlubang… minggu lepas pepagi pukul 6.30 pagi kerja menurap jalan masih berjalan tapi Alhamdulillah jalan dah cantik… Terima kasih kerajaan dan #KekalAnwar,” katanya.

Sentimen yang sama turut dikongsi oleh @sofea yang berkata, “Aku sedih bila orang benci PMX, padahal dia berusaha sebaik mungkin baiki ekonomi negara. Aku tak nak gula-gula BR1M, aku nak ekonomi yang stabil. Mungkin bukan untuk aku, tapi untuk anakku satu masa nanti,” ujarnya.

Kenyataan-kenyataan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI yang diperkenalkan oleh PMX pada 27 Julai 2023, yang bertujuan memperkasa ekonomi rakyat dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau di Asia.

Seorang pengguna lain, @SMY, menzahirkan keyakinannya terhadap hala tuju dasar tersebut.

“Percayalah perancangan Dasar Ekonomi MADANI yang dilancarkan PMX pada 27 Julai 2023 untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan menjadikan ekonomi negara sebagai peneraju serantau di Asia,” jelasnya.

Sokongan rakyat ini jelas membuktikan bahawa pendekatan yang bersifat jangka panjang, berprinsip dan berasaskan integriti yang dibawa oleh PMX bukan sahaja dirasai, malah dihargai oleh golongan akar umbi.

Meskipun cabaran yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini amat besar, termasuk beban hutang yang tinggi dan ketidaktentuan ekonomi global, kesungguhan Perdana Menteri untuk membawa perubahan yang mampan kini mula menampakkan hasil perlahan tetapi pasti.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM