Suami orang antara dua pasangan ditangkap khalwat

KUNAK – Dua pasangan termasuk seorang lelaki berstatus suami orang dicekup penguat kuasa dalam Ops Cegah Maksiat yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak di dua hotel berasingan sekitar daerah ini, pada Khamis.

JHEAINS Kunak dalam satu kenyataan di Facebook rasmi berkata, pasangan itu dicekup dalam operasi yang dijalankan selama dua jam bermula pukul 10 malam.

“Kebanyakan lokasi terkawal namun dua pasangan gagal meloloskan diri apabila bilik mereka diserbu oleh pihak penguat kuasa.

“Lebih mengejutkan, salah seorang daripada yang ditangkap dipercayai status berkahwin berada bersama seorang wanita yang bukan mahramnya,” kata kenyataan itu, pada Jumaat.

Sehubungan itu,  JHEAINS menyeru agar keluarga dan masyarakat cakna terhadap isu ini serta tampil membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa demi membendung gejala sosial di Kunak.

Tegas JHEAINS Kunak, operasi seumpama ini akan diteruskan dengan lebih agresif dan menyeluruh demi memastikan daerah Kunak kekal selamat, sejahtera dan terpelihara daripada maksiat.

Related Posts

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi. Mayat Samsul Azmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu manfaat setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu dapat dirasai rakyat dalam tempoh yang munasabah menerusi peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan