Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu manfaat setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu dapat dirasai rakyat dalam tempoh yang munasabah menerusi peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan dan pertumbuhan ekonomi setempat.

Baginda bertitah, semua jabatan dan agensi yang menerima peruntukan perlu mengambil langkah segera bagi melaksanakan projek yang dirancang supaya rakyat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menikmati hasil pembangunan tersebut.

“Dalam masa yang sama, setiap projek pembangunan perlu dipercepatkan pelaksanaannya agar manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat dalam tempoh yang munasabah.

“Beta turut menyeru agar semua jabatan dan agensi yang telah diluluskan peruntukan supaya mengambil langkah segera dalam melaksanakan projek serta memastikan perbelanjaan dapat disalurkan dengan cekap dan teratur,” titah baginda.

Titah baginda yang dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu disampaikan ketika Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Menurut baginda, langkah tersebut penting bagi merancakkan aktiviti ekonomi negeri sekali gus membolehkan manfaat kitaran ekonomi dirasai rakyat dengan lebih cepat melalui peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan dan aktiviti perniagaan tempatan.

Baginda bertitah, di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 (RP5 RMK12), Perlis menerima peruntukan RM632.56 juta melibatkan 188 projek.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM474.17 juta atau 74.96 peratus telah dibelanjakan sepanjang tahun lalu.

Bagi Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1 RMK13), negeri ini menerima peruntukan RM661.70 juta melibatkan pelaksanaan 354 projek.

Sehingga April lalu, prestasi perbelanjaan bagi peruntukan tersebut merekodkan RM87.46 juta atau 13.22 peratus.

Dalam perkembangan sama, baginda memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM359.58 juta menerusi Belanjawan Negeri 2026 yang merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM115.16 juta diperuntukkan bagi pembangunan dan RM19.45 juta telah dibelanjakan sehingga April lalu.

Baginda berharap prestasi pelaksanaan projek pembangunan dan perbelanjaan dapat terus dipertingkatkan bagi mencapai tahap maksimum sebelum November tahun ini selaras dengan perancangan yang ditetapkan.

“Namun demikian, dalam kesungguhan melaksanakan projek, setiap perbelanjaan hendaklah dilaksanakan secara berhemah, telus dan berintegriti serta memberi pulangan maksimum kepada rakyat,” titah baginda.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini