Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diteruskan sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 bagi memastikan kestabilan politik dan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar.

Baginda bertitah, kestabilan politik merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Beta ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Kerajaan ini adalah Kerajaan Beta.

“Justeru, Beta berharap agar Mamanda Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri yang ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu yang akan merencatkan segala perancangan yang telah dirangka,” titah baginda.

Titah baginda itu dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis Ke-15 di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Menurut baginda, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negeri mengatasi kepentingan peribadi serta fahaman politik masing-masing.

“Kestabilan politik merupakan satu kriteria yang sangat penting yang akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini.

“Justeru Beta menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian mengenepikan ego masing-masing dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri Beta,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan agar segala perbezaan pandangan dan pertelagahan diselesaikan secara berhemah serta harmoni demi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

Pada masa sama, baginda mahu persidangan DUN dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menjana idea-idea baharu yang bernas dan konstruktif ke arah memajukan Perlis serta memperkukuh kesejahteraan rakyat.

Titah baginda, DUN tidak seharusnya dijadikan medan bercakaran atau bertikam lidah, sebaliknya menjadi ruang untuk membincangkan dasar dan penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat.

Baginda turut mengingatkan bahawa generasi muda sentiasa memerhatikan setiap tindakan dan tingkah laku wakil rakyat yang bersidang di dewan berkenaan dan sewajarnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula