Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Samsul Azmi Ishury, 41, ditemui pada jam 9.35 pagi di Sungai Pahang berhampiran Kampung Loyang, kira-kira 2.2 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata mangsa ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disambung semula jam 7.43 pagi selepas ditangguhkan 6.50 petang semalam.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Pengesan K9 menjalankan pencarian di sekitar lokasi kejadian sebelum mayat ditemui jam 9.35 pagi kira-kira 2.2 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas sebelum dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Berita Harian.

Mohd Salahuddin berkata, operasi SAR membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, lima anggota PPDA BBP Bukit Angin serta empat anggota Unit K9 bersama seekor anjing pengesan.

Turut membantu operasi ialah lapan anggota polis, 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta 37 penduduk kampung yang menggunakan 17 bot.

Mohd Salahuddin berkata, pada hari pertama operasi semalam, pasukan penyelamat melakukan beberapa selaman di lokasi mangsa dipercayai lemas namun gagal menemukannya sebelum operasi ditangguhkan.

Dalam perkembangan sama, seorang anggota bomba mengalami kecederaan retak pada pergelangan tangan selepas tersepit antara bot dan sangkar ikan ketika membantu operasi SAR petang semalam.

Terdahulu, mangsa yang merupakan bilal sebuah masjid di Kampung Lipat Kajang dilaporkan hilang selepas dipercayai berenang untuk menyeberangi Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus.

Kehilangan mangsa disedari selepas motosikal dan barangan peribadinya ditemukan di tebing sungai, manakala saksi memaklumkan melihat mangsa berenang di kawasan berkenaan sebelum kejadian.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi