Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

JOHOR BAHRU – Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun ini dibatalkan susulan pembubaran DUN Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, pembatalan sidang khas tersebut adalah selaras dengan kedudukan DUN yang telah dibubarkan selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Batal,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai status persidangan khas berkenaan.

Sebelum ini, pada 29 Mei lalu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dilaporkan menerima notis rasmi untuk menghadiri sidang khas yang dijadualkan berlangsung selama sehari pada 22 Jun.

Antara wakil rakyat yang mengesahkan menerima notis tersebut ialah ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal; ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung; serta ADUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Pembatalan sidang khas itu dilihat sebagai perkembangan yang dijangka berikutan pengumuman pembubaran DUN Johor semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dalam pengumuman dibuat semalam, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, pembubaran DUN Johor dilakukan selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, sekali gus membuka ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penting termasuk hari penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.

Dengan pembubaran DUN berkuat kuasa, semua urusan persidangan legislatif negeri termasuk sidang khas yang telah dirancang sebelum ini tidak lagi dapat diteruskan sehingga sebuah kerajaan negeri baharu dibentuk selepas PRN.

Tumpuan kini terarah kepada pengumuman rasmi SPR yang dijangka mengadakan mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi menentukan perjalanan pilihan raya negeri yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara parti-parti utama untuk menguasai pentadbiran Johor.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi