Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menegaskan, perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membawa pembangunan dan pelaburan ke negeri ini demi kepentingan rakyat.

Baginda bertitah, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Adalah menjadi harapan Beta agar usaha murni ini terus diperkasa dan dipelihara demi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

“Sesungguhnya, perbezaan fahaman politik tidak sewajarnya menjadi batasan atau penghalang kepada usaha ikhlas untuk membawa masuk pembangunan dan pelaburan ke negeri ini,” titah baginda.

Titah baginda yang dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu disampaikan ketika Perasmian Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan negeri yang terus menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelbagai agenda pembangunan dapat direalisasikan.

Menurut baginda, siri lawatan dan kunjungan hormat yang dilaksanakan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah ke kementerian-kementerian berkaitan wajar diteruskan bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.

Titah baginda, menjadi tanggungjawab kolektif semua pihak untuk meletakkan kemaslahatan rakyat dan kemajuan negeri sebagai keutamaan tertinggi mengatasi segala kepentingan lain.

Dalam perkembangan sama, baginda berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan permohonan Kadar Baharu Cukai Tanah 2026 yang dikemukakan kerajaan negeri.

Menurut baginda, sekiranya permohonan tersebut diluluskan, hasil cukai negeri dianggarkan meningkat kepada RM81.35 juta pada tahun 2027 berbanding RM26.93 juta ketika ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri turut mencadangkan pemberian rebat cukai tanah selama 10 tahun secara berperingkat sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

Pada masa sama, baginda menegaskan Perlis tidak seharusnya terus terikat dengan stigma sebagai negeri kecil yang mempunyai pelbagai keterbatasan, sebaliknya perlu bergerak maju melalui kerjasama semua pihak demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula