Depot Imigresen Sandakan sesak, jumlah tahanan lebih kapasiti

SANDAKAN – Depot Tahanan Imigresen Sandakan kini berdepan cabaran kesesakan dengan menempatkan seramai 1,273 tahanan warga Filipina dan 266 warga Indonesia ketika ini, melebihi kapasiti asal 1,200 orang.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesesakan itu berlaku berikutan kelewatan pengeluaran dokumen perjalanan oleh pihak kedutaan terlibat.

“Kami memohon supaya Kedutaan Filipina segera mengeluarkan dokumen perjalanan, manakala Kedutaan Indonesia mempercepatkan pengeluaran Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP).

“Selagi dokumen ini belum dikeluarkan, tahanan akan terus berada lama di depot,” katanya ketika ditemui media di Depot Imigresen Sandakan, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata tahanan warga Indonesia direkodkan paling lama berada di depot sehingga empat bulan sementara proses pengeluaran SPLP perlu mendapat kelulusan pusat di Jakarta.

Menurut beliau, di seluruh Sabah terdapat 5,181 tahanan, membabitkan warga Filipina dan Indonesia yang ditempatkan di empat depot imigresen negeri itu.

Bagi mengurangkan kesesakan, Sitti Saleha berkata pihaknya akan memindahkan sebahagian tahanan Sandakan ke DTI Tawau yang dijadualkan dalam proses pengusiran minggu depan.

“Kami juga sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf blok tahanan yang sudah beroperasi sejak 2010.

“Buat masa ini hanya enam hingga tujuh blok digunakan,” katanya.

Jelas beliau, operasi bersepadu Imigresen terus memberi tumpuan kepada kawasan setinggan berisiko tinggi dengan 212 individu diperiksa dalam operasi baru-baru ini dan 125 ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

“Cabaran utama operasi termasuk faktor persekitaran kawasan setinggan yang gelap serta mempunyai banyak wayar berselirat, sekali gus membahayakan pegawai dan anggota yang terlibat,” ujarnya.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz