Polis nasihat peserta himpunan peka undang-undang

PUTRAJAYA – Orang ramai yang menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ di ibu negara esok, perlu peka terhadap peruntukan undang-undang sedia ada serta bersama memelihara ketenteraman dan keselamatan di kawasan sekitar.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berharap, setiap suara yang mahu dizahirkan mereka juga dapat disampaikan dalam suasana yang saling menghormati dan berlandaskan nilai kesopanan serta adab masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, bagi masyarakat umum yang mungkin tidak terbabit dalam himpunan berkenaan, pihaknya menyarankan mereka merancang perjalanan lebih awal dan menyemak maklumat trafik semasa.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kelewatan, memandangkan aliran trafik dijangka mengalami sedikit perubahan sepanjang berlangsungnya perhimpunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan itu dijangka disertai antara 10,000 hingga 15,000 peserta, membabitkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta masyarakat awam.

Peserta dijangka akan berkumpul di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan awam akan terus dipelihara dan pada masa sama, hak kebebasan rakyat akan tetap dihormati.

“Kami percaya bahawa perimbangan antara hak demokrasi dan pemeliharaan undang-undang boleh dicapai melalui kerjasama yang erat dan rasa tanggungjawab bersama.

“PDRM amat menghargai kepercayaan diberikan oleh rakyat dan menyeru semua pihak terus memainkan peranan secara berhemah dan matang.

“Marilah kita bersama-sama memastikan setiap ruang demokrasi yang terbuka ini dimanfaatkan secara positif, demia menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau juga berkata, PDRM komited memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan menghormati ruang awam yang dikongsi bersama.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit