Penghargaan luar biasa untuk rakyat, pembangkang patut malu – Faiz

PENGUMUMAN khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berita baik bagi semua rakyat Malaysia termasuk di negeri-negeri pembangkang (SG4).

Menurut Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil, inisiatif yang diumumkan semalam membuktikan Kerajaan MADANI prihatin terhadap beban kos sara hidup rakyat tanpa lari daripada landasan reformasi ekonomi dan pembaharuan fiskal.

Katanya, hutang tahunan baharu dan kadar defisit terus diturunkan, namun kebajikan rakyat tidak diabaikan.

“Antara inisiatif yang diumumkan oleh PMX adalah bantuan tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter.

“Kenaikan tol bagi 10 lebuhraya ditangguhkan termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Jualan Ramah MADANI di perluaskan.

“Dengan bantuan RM100 yang telah diumumkan semalam,jumlah peruntukan untuk program SARA telah naik sekali lagi ke RM15 bilion. Ini bermaksud berbanding 2024, jumlah peruntukan oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat melonjak 50 peratus,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Faiz, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada PMX sebagai penghargaan apatah lagi sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang.

“Bagi pihak parti pembangkangyang mahu mengadakan demontrasi supaya PMX turun minggu ini , saya mencabar mereka bentangkan inisiatif yang lebih baik.

“Malah sebelum mendesak PMX meletak jawatan, dedahkan dulu bakal calon Perdana Menteri mereka supaya rakyat mengenalinya,” katanya.

Menurut Faiz lagi, Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja tiada calon kukuh dan sepakat, malah semakin berantakan.

“Pembangkang dinasihatkan untuk menggunakan saluran sah yang dibenarkan oleh Pelembagaan Persekutuan untuk menukar kerajaan.

“Penukaran kerajaan di tengah-tengah penggal sama ada melalui demontrasi jalanan atau tebuk atap adalah tindakan yang tidak mengikut prinsip demokrasi.

“Langkah Sheraton adalah satu detik hitam negara yang telah mengakibatkan ketidakstabilan politik dan kelemahan ekonomi,” jelasnya.

Demonstrasi ‘turun Anwar’ menunjukkan sikap PN yang tidak tahu menghormati mandat rakyat.

“Rakyat seharusnya menolak sikap pembangkang yang terdesak ini.

“Pembangkang perlu bersikap seperti PH yang menunggu pilihanraya untuk menukar kerajaan.

“”Amanah menyeru seluruh rakyat untuk mengembeleng seluruh kekuatan kita membangunkan negara demi kesejahteraan bersama, “jelasnya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit