Peniaga kena tipu dua kali, rugi lebih RM2.2 juta

KUANTAN – Seorang peniaga kerugian lebih RM2.2 juta selepas terperdaya dua skim pelaburan tidak wujud diiklankan menerusi Facebook, pada Februari dan Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam kes terbaharu, lelaki berusia 45 tahun itu berhubung dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp sebelum melakukan 18 transaksi RM1.86 juta ke enam akaun bank, antara 14 Mei hingga 15 Julai lalu.

“Mangsa pernah menerima pulangan lebih RM20,000 dan membuatkannya yakin untuk terus melabur.

“Namun, pada Selasa lalu, lelaki itu diminta membuat bayaran tambahan RM88,000 untuk proses pengeluaran cepat.

“Bagaimanapun, mangsa enggan dan semakan di portal Semak Mule menunjukkan akaun bank terlibat mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, mangsa sebelum ini juga terperdaya pelaburan tidak wujud mengakibatkannya mengalami kerugian RM440,000 setelah membuat 13 transaksi antara 23 Februari hingga 21 Mei tahun ini.

“Dalam kes berkenaan, tiada sebarang pulangan diterima, malah mangsa diminta membayar ‘cukai’ 20 peratus untuk pengeluaran, namun mangsa enggan dan mengesyaki ditipu.

“Justeru, jumlah keseluruhan kerugian oleh peniaga itu lebih RM2.2 juta dengan wang pelaburan diperoleh dari simpanan sendiri dan pinjaman rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan di IPD Maran semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar