Pak Andak sedia bantu UMNO rampas semula kerusi Jerantut

KUANTAN – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud sedia menjadi tenaga penggerak utama dalam usaha parti itu merampas semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Razak berkata, kekalahan tersebut bukan titik akhir perjuangan, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk bangkit memperkukuh sokongan akar umbi.

“Kita tidak boleh bersandar kepada rekod lalu. Sokongan rakyat perlu dipupuk melalui usaha berterusan, keikhlasan mendekati mereka dan menyampaikan khidmat secara konsisten,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Razak yang mesra disapa ‘Pak Andak’ bakal membawa suara akar umbi Jerantut ke Perhimpunan Agung UMNO 2025 pada 26 hingga 29 November ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan 37 Masjid FELDA Wilayah Jengka berharap segala usaha dan kerja kuat secara berpasukan akan memberi nilai tambah kepada UMNO Jerantut untuk menghadapi PRU akan datang.

Dalam PPRU ke-15, kerusi Parlimen Jerantut dan tiga kerusi DUN – Damak, Pulau Tawar dan Tahan – dimenangi calon daripada Perikatan Nasional.

Related Posts

UPKO mohon sertai GRS

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi parti tersebut mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang DUN sehari cetus spekulasi pembubaran Dewan Johor

JOHOR JAYA – Penerimaan notis mesyuarat bagi menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Jun depan mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya