Pahang tutup sekolah jika IPU lepasi paras sangat tidak sihat

KUANTAN – Kerajaan Pahang bersedia menutup sesi persekolahan sekiranya bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di negeri itu melepasi paras sangat tidak sihat.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, langkah itu susulan kawasan di Temerloh dan Balok Baru, Kuantan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat semalam.

Beliau turut menggesa orang ramai agar menghentikan semua aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu bertambah buruk.

Mohammad Fakhruddin berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pemimpin Pusat Daerah Mengundi Seri Mahkota serta penyampaian sumbangan di Kampung Padang Garuda, dekat sini, semalam.

Beliau turut mengingatkan orang awam bahawa individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Berdasarkan maklumat di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara, dua stesen pemantauan di Temerloh dan Balok Baru masing-masing merekodkan bacaan IPU 152 lewat petang semalam, sekali gus berada pada tahap tidak sihat.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan