Kos sara hidup antara punca belia lambat kahwin

PUTRAJAYA – Tekanan kos sara hidup menjadi faktor utama ramai belia menangguhkan perkahwinan serta mengambil keputusan untuk berkeluarga walaupun hasrat itu tetap ada, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), hampir satu daripada lima orang dewasa di 14 negara mengakui kemungkinan mereka tidak dapat memiliki bilangan anak yang diinginkan.

“Daripada jumlah ini, 39 peratus menyatakan kekangan kewangan sebagai halangan utama termasuklah kos sara hidup, penjagaan anak, perumahan dan ketidaktentuan pekerjaan.

“Maka, di sinilah letaknya tanggungjawab kita untuk mendengar, memahami dan bertindak,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025, di ibu negara, semalam.

Noraini berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu pasangan muda membina keluarga dalam suasana lebih stabil dan terancang.

Ini termasuk cuti bersalin dan paterniti, subsidi pusat jagaan kanak-kanak, bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah selain program kesedaran tentang kesihatan reproduktif serta kekeluargaan.

Mengenai trend penurunan kadar kesuburan di Malaysia yang kini pada tahap 1.7 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah paras penggantian penduduk iaitu 2.1, beliau berkata, kerajaan melaksanakan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) yang menyasarkan 30,000 pasangan menjelang 2025.

Selain itu, Noraini berkata, program pendidikan kekeluargaan dan kesihatan reproduktif seperti PEKERTI, SMARTSTART dan Kafe@TEEN dilaksana secara berterusan.

“Usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada pendekatan holistik yang inklusif dan mesra belia… kita mahu anak-anak muda membina keluarga dalam suasana stabil disokong oleh dasar relevan dan dikelilingi harapan, bukan kerisauan,” katanya lagi seperti dilapor Bernama.

Beliau juga berkata, sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 turut diperluas ke peringkat negeri dengan pelbagai program membabitkan lebih 5,000 peserta sepanjang Julai dan Ogos.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran Laporan State of World Population 2025 oleh UNFPA bertajuk ‘The Real Fertility Crisis: The Pursuit of Reproductive Agency in a Changing World’ yang menggariskan cabaran dan peluang global dalam konteks kesuburan, pilihan reproduktif serta keadilan antara generasi.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula