Premier Sarawak tekankan peranan semua agama dalam perkukuh perpaduan negeri

MIRI – Sarawak terus memainkan peranan penting sebagai mercu tanda keharmonian dan perpaduan di Malaysia, khususnya dalam menghadapi cabaran global yang semakin runcing akibat perpecahan berpunca daripada perbezaan agama dan kaum.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejarah panjang toleransi antara kaum di negeri ini perlu dijadikan asas yang kukuh dalam membina ketahanan sosial masyarakat majmuk.

“Banyak konflik global berpunca daripada perbezaan yang tidak diurus dengan baik.Di Sarawak, kita telah lama mengamalkan nilai saling menghormati dan dialog terbuka.Ini adalah amalan yang perlu terus dipelihara,” katanya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Sambutan Hari Sarawak 2025 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Menurut beliau, pemimpin-pemimpin agama memainkan peranan penting dalam membina persefahaman, menyemai nilai-nilai murni dan menyatukan masyarakat berbilang bangsa serta kepercayaan.

“Mereka bukan sahaja menjadi pedoman rohani kepada penganut masing-masing, malah juga rakan kongsi dalam membina masyarakat yang inklusif, progresif dan berpaksikan nilai-nilai moral yang tinggi,” tambah beliau.

Premier Sarawak turut menegaskan bahawa penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) merupakan lambang komitmen Kerajaan Sarawak dalam menjamin kebebasan beragama serta keadilan dalam pembangunan institusi keagamaan.

“UNIFOR merupakan satu-satunya unit seumpamanya di Malaysia. Keberadaannya telah berjaya membentuk ekosistem antara agama yang stabil dan harmoni.

Melalui platform ini, kita akan terus memperkukuh infrastruktur institusi keagamaan dan memastikan rakyat menikmati kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana yang aman dan sejahtera,” jelas beliau.

Kehadiran pelbagai pemimpin agama dan wakil masyarakat dalam majlis tersebut jelas mencerminkan wajah sebenar Sarawak sebagai sebuah negeri yang terus unggul menjadi model perpaduan dan keharmonian nasional, di mana perbezaan diraikan sebagai kekuatan, bukan pemisah.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen